Photobucket
Photobucket

Friday 22 April 2011

Maafkan saya awak, saya lebih sayangkan DIA ! J
“saya bukan xnak terima awak,tapi saya lebih sayangkan yang satu ini daripada awak. Tolongla paham. Saya xkesah kalau suatu hari nanti awak sudah tidak boleh menerima saya lagi,tapi saya lagi bimbang jika yang satu ini tidak dapat menerima saya. Saya xsanggup jika cintaNya lenyap dari diri saya. Maafkan saya awak. Saya nak awak tahu,dalam hubungan yang kita sedang jalinkan ni,Dia xsuka taw? Sebelum ni saya tahu Dia memang xsuka hubungan kita ni,tapi seringkali jugak saya hiraukan teguran Dia. Saya buat xtahu jer. Ishh jangan salah faham pulak. Dia bukan jeles la,tapi ada sebabla tu Dia xsuka. Tolong faham yer?? Terima kasih sangat-sangat kalau awak dapat faham saya.
Saya bukan xsayangkan awak,dari lubuk hati saya,saya sayang awak. Kalau ikutkan nafsu memang saya xnak putuskan hubungan yang susah payah kita bina sama2 ni,tapi awak tahu x? Nafsu berkawan baik dengan syaitan tau? Diorang baik sangat-sangat. Bagus diorang sebab sentiasa bekerjasama dalam mencapai cita-cita mereka,ermm macam wonderpet la katekan..huhuu.. Sebab tu saya nk guna akal,saya xnakla ikut syaitan sebab syaitan tu musuh kita paling jelas tau! Macam mana baik kita dengan di0rang pun,diorang xtahu kenang budi,sebab diorang dah janji dengan Allah akan sesatkan anak-anak Adam.
Kita kan tergolong anak-anak Adam,jadi xnakla berkawan dengan syaitan durjana. Nauzubillah.

Awak,maafkan jugak yer,sebab selepas saya ambik keputusan ni,saya dah xnk balas mesej or call awak lagi. Jangan marah saya tau? Bukan apa,Dia xsuka jugak. Ishh tak! Takla,Dia bukan jelesla tapi tu adalah yang terbaik untuk kita tau! Sebab lepas ni,saya tau,kalau awak send mesej or call bukan untuk perkara penting kn? Betol x??huhu.. jangan salahkan saya tau kalau lepas ni saya xreply mesej or angkat call awak.
    Saya pun xsanggup,tapi saya lebih xsanggup kalau cinta saya kat Dia berkurangan disebabkan besarnya cinta saya kat awak. Jangan salah anggap tau! Dia pun nak tolong awak jugak tau! Dia nk tolong kita la pendek kata.
Awak tahu x? Bila awak call saya or mesej saya,ada jugakla perasaan rindu saya kat awak. Saya pasti jugak yang awak macam tu jugak kan? Betul x? Awak tahu x,sebenarnye kan rindu tu zina,zina hati. Subhanallah ,rupa-rupanya selama ni kita terjerumus dalam zina. Astaghfirullah! Maksudnya kita sedang kumpul dosa. Subhanallah,saya takut wak. Saya takut dengan azab Allah S.W.T.,saya takut sangat-sangat. dan saya pasti awak pun macam tu jugak kan? Jadi ,sekarang awak faham kan,kenapa saya ambil keputusan macam ni? Terima kasih awak banyak-banyak. Saya pasti awak,kalau jodoh kita,insyaAllah,Allah xkan pisahkan kita walau benua mana pun kita berada. Dan saya nak awak tahu,tiada cinta dari manusia yang sejati selain perkahwinan. Dan saya nak awak tahu,tiada cinta yang sejati dan abadi selain cinta daripada Dia iaitu Allah,Pencipta kita sekelian alam.
Dia lah yang saya bicarakan dari tadi. Kerana Dia lah saya berk0rban tinggalkan awak. Dan saya pasti,sekarang awak tidak salah faham lagi kan? Terima kasih awak. Saya tahu,sekarang awak faham bahawa Dia menghalang cinta kita bukan sebab jeles kn,tapi Dia nak kita hidup dalam keredhaan Dia,Dia nak kita jauh dari dosa,dan yang paling penting Dia nak kita jalinkan hubungan yang halal,Dia nak awak jadi imam dan soleh kepada saya,dan Dia nak saya jadi solehah kepada awak. Xsalah kan? Terima kasih dan syukur kita sepatutnya kat Dia kan,sebab menyedarkan kita. Alhamdulillah.
Saya nak awak tahu,sampai bila-bila pun,saya harap sangat-sangat,Dialah yang saya ingin saya cintai,dan saya xnak mengguriskan hatiNya disebabkan cinta yang belum halal saya kat awak. Terima kasih awak,sebab sentiasa faham saya”.(^__^)



No comments:

Post a Comment