Photobucket
Photobucket

Thursday 21 April 2011

saya tao, sy silap.. :((

Mungkin saya bukan pengarang hebat untuk mencoretkkan kisah hidup saya. Saya tidak mampu untuk berkata-kata seperti puitis yang sudah lama membiasakkan diri dengan penulisan yang cukup hebat.
Namun , kerana awak saya memberanikan diri untuk membuat satu watikah ini., Mungkin ini watikah terakhir untuk awak., kegelisahan saya yang semakin hari semakin menggunung., hanya kerana awak… awak yang telah berjaya mencuri hati  ini., mungkin masih awal untuk saya menyatakan IA., tapi sampai bila untuk terus begitu? Sampai hayat saya sudah tiada., mungkin saat itu, barulah awak perasan betapa hebatnya cinta saya terhadap awak. :’(
Pengorbanan secara mata kasar mungkin tidak tapi pengorbanan perasaan yang selama ini saya korbankan untuk awak dengan rela melepaskan dan mengecewakkan perasaan orang disekeliling ini cukup membuat saya menderita.
Namun petang ini sambil saya mencurahkkan perasaan dihadapan benda empat segi ini, sambil  itu, saya sempat membaca satu watikah yang dipetik dari web blog iloveisam.com.my., Cerita itu memberi satu tamparan hebat kepada saya yang selama ini ber’salah faham’ tentang cinta islam, setelah menbacanya berulang kali barulah saya faham mengapa ALLAH tidak mengizinkan kita untuk mencintai antara satu sama lain.,kerana DIA lebih tahu., jika wujudnya cinta, maka wujudnya perasaan rindu antara kita., ahhh!!., Maaf, selama ini saya cukup menyalahkkan awak, kerana awak tidak pernah untuk mengambil peduli tentang perasaan saya. Apapun saya ingin mengucapkan ‘terima kasih’., saya menangis bila meningati kisah-kisah cinta  saya yang cukup bertentangan dengan islam. ;’(.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

       Tapi Alhamdullilah., saya cukup sedar betapa hebatnya cinta islam yang hanya dituntut setelah berkahwin. Mungkin saya pernah tersilap langkah dalam persoalan ini, oleh sebab itu saya ingin  rakan–rakan sebaya saya juga turut membacanya., moga- moga ini akan memberi satu pengajaran kepada kalian ..,, Amin.. ~

Dipetik dari i.uvislam.com..my
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".




1 comment: